Tidak semua pengasuh sesuai untuk semua keluarga. Panduan ini menjelaskan kualiti yang paling penting: daripada cara mereka menangani tantrum hingga apa yang mereka ceritakan apabila anda pulang ke rumah.
Cari pengasuh yang baik nampak senang, sampailah anda betul-betul mula mencari. Tiba-tiba timbul pelbagai soalan: Berapa banyak pengalaman yang diperlukan? Adakah umur penting? Bagaimana pula dengan kelayakan? Sebenarnya, tiada satu jawapan yang tepat. Semua bergantung pada anak anda, keluarga anda, dan apa yang anda perlukan daripada seorang pengasuh.
Namun ada perkara yang penting bagi semua keluarga. Pengasuh yang baik dapat mengesan apabila anak anda menghadapi hari yang sukar, sebelum anda sempat bertanya. Mereka kekal tenang apabila anak anda tidak mampu berbuat demikian. Dan kalau mereka ada bersama anak anda setiap minggu, pengaruh mereka lebih besar daripada yang kebanyakan ibu bapa bayangkan.
Artikel ini membantu anda memahami kualiti yang perlu dicari dalam seorang pengasuh, dan cara mengenalinya sebelum membuat keputusan.
Pengasuh anda lebih daripada sekadar penghibur
Untuk majlis sekali-sekala, tugas pengasuh adalah pastikan semuanya berjalan lancar masa anda tiada. Mereka memastikan anak selamat dan terhibur. Tapi kalau pengasuh ini bersama anak anda hampir setiap petang, hubungan mereka jauh lebih bermakna.
Anak-anak perasan semua benda. Cara pengasuh cakap dengan mereka, cara pengasuh respons bila anak kecewa, cara pengasuh handle konflik atau tantrum, dan sama ada pengasuh benar-benar menikmati masa bersama anak-anak. Semua ini meninggalkan kesan. Pengasuh yang penyayang, konsisten, dan peka emosi bukan saja jaga anak anda selamat. Mereka turut bentuk cara anak anda berkelakuan, ajar nilai-nilai murni, dan menjadi orang yang dipercayai dalam kehidupan anak anda.
Ini patut diberi perhatian serius ketika anda mencari orang yang tepat.
Pertama: Apakah yang anda perlukan daripada pengasuh anda?
Sebelum senaraikan kualiti, fikirkan dulu situasi spesifik anda. Jika anda masih tidak pasti tentang tugas harian seorang pengasuh, mula dengan panduan kami tentang apa tugas seorang pengasuh. Itu titik permulaan yang baik sebelum fikir kualiti mana yang paling penting untuk anda.
Pengasuh untuk bayi atau anak yang masih sangat kecil perlukan seseorang yang tenang, penuh perhatian, dan yakin dengan penjagaan praktikal seperti menyusu, tukar lampin, rutin tidur, dan perasan bila ada yang tak kena. Pengalaman dengan bayi sangat penting di sini. Kebolehan ikut rutin anda dan bagi laporan terperinci tentang hari tersebut penting juga.
Pengasuh untuk anak yang sudah bersekolah ada tanggungjawab yang lain. Tenaga dan personaliti lebih penting di sini. Anda mahukan seseorang yang boleh berbual dengan anak anda, membantu dengan kerja rumah tanpa melakukannya semuanya untuk anak, dan menangani konflik dengan kawan. Inisiatif penting, begitu juga personaliti yang serasi dengan anak anda.
Dan ada juga yang di antara keduanya. Contohnya, kanak-kanak dua tahun yang penuh tenaga dan perlu pengawasan setiap masa, atau yang lima tahun yang mengambil masa untuk membuka diri kepada orang baru.
Kemahiran praktikal yang patut diambil kira
Selain personaliti dan watak, ada beberapa kemahiran yang boleh buat perbezaan besar, bergantung pada apa yang anda perlukan.
Pengetahuan pertolongan cemas asas adalah yang paling penting. Pengasuh yang tahu cara menangani kecederaan kecil, demam atau tersedak dengan tenang dan betul memberikan ketenangan fikiran yang besar. Tanya soalan ini terus semasa temu duga.
Jika anak anda sudah bersekolah, keupayaan membantu kerja rumah adalah nilai tambah. Bukan buat semua untuk anak, tapi duduk sama-sama, terangkan, dan galakkan tanpa ambil alih. Pengasuh yang bagus tahu perbezaan ini.
Untuk sesi yang panjang atau setiap petang, kalau pengasuh selesa di dapur, itu satu kelebihan. Tidak perlu sesuatu yang rumit, keupayaan untuk menyediakan makanan atau snek yang mudah dan berkhasiat tanpa menjadi masalah.
Tidak semua pengasuh akan mempunyai semua kemahiran ini, dan tidak semua keluarga memerlukannya. Fikirkan mana yang benar-benar penting untuk anak dan situasi anda, dan tanyakan semasa anda bertemu dengannya.
Kualiti pengasuh yang baik yang paling penting
Ini bahagian yang paling penting. Pengalaman dan rujukan memang penting dan patut disemak, tapi semua itu tak cukup nak gambarkan macam mana seseorang sebenarnya bila ada anak-anak di depan mereka. Kualiti inilah yang memberitahu anda.
Kesabaran. Anak-anak memang tidak boleh diramal, suka ulang benda yang sama, dan kadang-kadang memang meletihkan. Pengasuh yang baik tidak akan tunjukkan rasa kecewa. Bila anak anda mengamuk, mereka kekal tenang dan faham bahawa kelakuan ini merupakan cara komunikasi, bukan cabaran untuk mereka. Mereka tahu cara mengiktiraf perasaan anak, dan cuba selesaikan bersama-sama.
Kepekaan emosi. Ada perbezaan besar antara pengasuh yang berkata “semua okay” dan seorang yang berkata “saya perasan dia agak pendiam hari ini, mungkin ada sesuatu yang berlaku di sekolah”. Pengasuh yang baik memberi perhatian dan memaklumkan anda apabila anda pulang.
Sama juga dengan cara mereka menangani situasi pada masa itu. Memberi amaran lima minit sebelum mengemas, atau mengakui bahawa sesuatu memang mengecewakan daripada menganggap remeh, menunjukkan seseorang yang benar-benar hadir bersama anak-anak.
Mesra dan terlibat. Pengasuh yang hadir secara fizikal tetapi tidak secara emosi, leka dengan telefon sambil tunggu anda balik, sebenarnya tak betul-betul jaga anak anda. Cari seseorang yang benar-benar gemar bersama anak-anak, yang bawa idea dan tenaga, dan yang disambut gembira oleh anak anda.
Tenang bawah tekanan. Sesuatu pasti akan berlaku. Anak jatuh, gaduh, demam naik, rutin terganggu. Pengasuh yang baik tidak panik dan tidak terpaku. Mereka menangani situasi dan memastikan anak anda berasa selamat. Jika sesuatu benar-benar memerlukan perhatian anda, mereka memaklumkan dengan jelas dan tenang, tanpa menyembunyikannya atau buat keadaan nampak lebih teruk daripada sebenar.
Memberi contoh yang baik. Pengasuh yang baik tidak bergantung semata-mata pada peraturan dan arahan. Mereka simpan telefon, bercakap dengan anak anda seperti yang mereka harapkan anak anda bercakap dengan orang lain, dan mengemas bersama anak-anak, bukan sekadar suruh anak buat. Anak-anak perasan semua ni, dan mereka respons jauh lebih baik dengan contoh berbanding arahan.
Tanda-tanda positif: anda telah menemui pengasuh yang baik
Ada beberapa perkara yang akan bagitahu anda banyak, dan dengan cepat. Mereka datang dengan idea. Mungkin satu aktiviti, soalan tentang apa anak anda minat sekarang, atau apa-apa yang tunjukkan mereka dah fikir tentang sesi itu terlebih dahulu.
Mereka turun ke paras anak anda. Duduk atas lantai, buat eye contact, tak berdiri tinggi-tinggi atas anak. Nampak macam perkara kecil, tapi ini menunjukkan banyak tentang cara mereka layan kanak-kanak.
Anak anda gembira apabila anda pulang. Tidak semestinya terlalu teruja, tapi ceria, nak cerita sesuatu atau menunjukkan apa yang telah dibuat. Itu lebih bernilai daripada mana-mana resume.
Untuk panduan lengkap tentang apa yang perlu ditanya dan didengar dalam temuduga pertama, baca artikel kami tentang 10 soalan yang perlu ditanya kepada pengasuh semasa temuduga. Rujukan daripada ibu bapa lain juga merupakan peluang baik untuk mengenali pengasuh. Bukan sekadar sahkan pengasuh datang tepat masa, tanya tentang kualiti yang paling penting untuk anda https://www.sitly.my/ms/blog/cara-semak-rujukan-pengasuh
Bagaimana Sitly boleh membantu anda mencari pengasuh yang baik
Mencari pengasuh yang sesuai mengambil masa dan pertimbangan, tetapi ia tidak perlu terasa seperti satu risiko besar. Di Sitly, anda boleh menyemak profil terperinci, baca ulasan daripada keluarga lain, dan dapat gambaran sebenar tentang seseorang sebelum menghubungi mereka. Hubungan berlaku terus antara anda dan pengasuh. Anda yang memutuskan siapa yang ingin dihubungi, siapa yang ingin ditemui, dan siapa yang paling sesuai untuk keluarga anda. Lihat pengasuh di kawasan anda dalam Sitly
Isi kandungan
Soalan lazim
Tiada satu jawapan yang tepat, tetapi kesabaran dan kepekaan emosi biasanya yang paling penting. Pengasuh yang baik kekal tenang apabila anak anda tidak mampu, perasan apabila ada sesuatu yang tidak kena, dan bertindak balas dengan kemesraan bukannya kekecewaan. Kualiti ini jauh lebih berharga daripada kelayakan formal, terutamanya jika pengasuh hadir bersama anak anda setiap minggu.
Pengalaman memang penting, tetapi bukan segalanya. Dengan bayi, pengalaman sebenar lebih diperlukan. Anda mahukan seseorang yang pernah menjaga bayi sebelum ini dan mengetahui rutin, risiko, dan cara membaca isyarat bayi. Untuk anak yang lebih besar, seseorang dengan banyak pengalaman mungkin tak serasi dengan anak anda. Tapi pengasuh dengan pengalaman kurang, tapi personaliti dan kemesraan yang tepat, mungkin itu yang keluarga anda perlukan. Semak rujukan, tetapi juga perhatikan cara mereka berinteraksi dengan anak anda secara langsung, sama ada mereka datang bersedia, dan bagaimana anak anda respons.
Perhatikan reaksi anak anda. Kalau dia gembira, tenang, dan nak cerita macam mana harinya, itu petanda yang baik. Tanda-tanda baik yang lain termasuk pengasuh yang datang dengan idea aktiviti, turun ke paras anak anda, dan beri ringkasan yang jujur bila anda balik (bukan sekadar “semua okay”). Butiran kecil ini banyak mendedahkan cara mereka bekerja dengan anak-anak.
Sitly: Menghubungkan keluarga dan pengasuh sejak 2012
Perlukan bantuan jagaan anak atau sedang cari kerja mengasuh? Sitly mudahkan anda temui padanan yang sesuai. Daftar, semak profil dan mula berhubung hari ini.