Tidak pasti berapa yang patut anda bayar pengasuh atau berapa yang patut anda caj jika anda seorang pengasuh? Kalkulator Sitly memberikan anggaran kadar jam berdasarkan maklumat penting seperti:

  • Di mana anda tinggal
  • Jumlah anak yang dijaga
  • Jika pengasuh menggunakan kenderaan sendiri
  • Jika mereka melakukan kerja rumah ringan
  • Jika mereka membantu dengan kerja sekolah atau memasak
  • Sama ada ia tempahan last-minit atau kecemasan

Masukkan sahaja bandar dan maklumat lain, dan anda akan menerima anggaran kadar berdasarkan harga purata di kawasan anda. 

Lebih 38,000 pengasuh Malaysia di Sitly telah berkongsi kadar mereka, menjadikan kalkulator ini berasaskan data sebenar. Anda mendapat anggaran yang mencerminkan kadar pasaran yang digunakan oleh keluarga dan pengasuh.

Anggaran ini hanyalah panduan. Jika pengasuh perlu memandu jauh, menjaga beberapa anak, membantu kerja sekolah atau memasak, kadar mungkin lebih tinggi. Namun, terpulang kepada ibu bapa dan pengasuh untuk berbincang dan bersetuju bersama tentang kadar yang adil, mengikut keperluan masing-masing.

Alat ini membantu anda menetapkan jangkaan awal — sama ada anda mencari pengasuh atau menawarkan khidmat mengasuh.

Ingin tahu lebih lanjut tentang kadar pengasuh di Malaysia? Lihat panduan kami tentang berapa yang patut dibayar kepada pengasuh.

Kalkulator Kadar Pengasuh

Bandar Di bandar mah anda sedang mencari pengasuh?
Tambahan Pilih bantuan tambahan yang diperlukan
Bilangan anak

Jumlah kadar pengasuh

RM 0.00

Kadar pengasuh di kawasan anda

RM 0.00

Tambahan:

RM 0.00

Lebih daripada satu anak:

RM 0.00

Perbezaan Kadar Mengikut Bandar

Tinggal di Kuala Lumpur atau Ipoh? Lokasi boleh mempengaruhi kadar bayaran pengasuh. Di bandar besar seperti KL, kadar asas biasanya lebih tinggi, manakala di bandar kecil atau pekan, selalunya lebih rendah.

Itulah sebabnya Kalkulator Kadar Pengasuh kami meminta anda memasukkan lokasi terlebih dahulu.

Apabila anda memilih bandar, kalkulator akan menunjukkan kadar asas, iaitu kadar purata yang ditetapkan pengasuh sekitar anda. Sudah tentu, ini sekadar anggaran kerana kadar sebenar boleh berubah mengikut individu.

Sebagai contoh, seorang remaja yang baru bermula biasanya caj lebih rendah, manakala pengasuh profesional dengan pengalaman, latihan pertolongan cemas, atau pendidikan awal kanak-kanak mungkin meminta kadar yang lebih tinggi. Pengasuh yang fasih berbahasa Inggeris atau bahasa lain juga mungkin mengenakan bayaran yang lebih tinggi, bergantung pada keperluan keluarga.

Di Sitly, ramai pengasuh menyatakan bahawa kadar mereka boleh dirunding. Ia bergantung pada tanggungjawab kerja, waktu bekerja dan jangkaan keluarga. Biasanya keluarga dan pengasuh akan berbincang untuk capai persetujuan yang adil.

Cari pengasuh atau kerja mengasuh

Di Sitly, anda boleh cari pengasuh berhampiran atau mohon kerja mengasuh di kawasan anda. Mudah, selamat & dipercayai!

Kadar Pengasuh Berdasarkan Jumlah Anak

Penjagaan seorang anak berbeza sekali daripada menjaga beberapa orang anak. Jadi kalkulator Sitly memberi pilihan untuk memilih bilangan anak yang perlu dijaga.

Semakin ramai anak, semakin besar tanggungjawabnya, terutamanya jika usia mereka berbeza. Contohnya, rutin dan keperluan seorang bayi dan seorang anak yang sudah bersekolah memang tidak sama! Ibu bapa tahu perkara ini, dan begitu juga dengan pengasuh: menjaga dua orang anak bukan sekadar kerja berganda — ia lebih mencabar.

Kalkulator Kadar Sitly mengambil kira faktor ini. Anda akan melihat kadar purata setiap jam meningkat apabila bilangan anak bertambah — memberikan gambaran yang lebih realistik tentang kadar yang adil untuk dibayar atau dicaj.

Sila masukkan lokasi anda bersama bilangan anak dan sebarang tugasan lain untuk melihat anggaran kadar yang sesuai dengan keperluan keluarga anda.

Bagaimana Jika Pengasuh Membantu dengan Kerja Rumah Ringan?

Mengemas bilik anak (lebih baik jika anak turut membantu!), menyimpan mainan, membasuh pakaian anak atau sidai baju bayi ialah tugas rutin yang biasanya dilakukan semasa menjaga anak. Ini dianggap sebahagian daripada kerja pengasuh kerana semuanya berkaitan dengan penjagaan kanak-kanak.

Namun, kerja seperti vakum seluruh rumah, mencuci tingkap, atau melakukan pembersihan menyeluruh — itu perkara lain. Pengasuh bukan tukang cuci, dan kerja-kerja pembersihan rumah biasanya bukan sebahagian daripada tugas mereka, melainkan ia telah dipersetujui terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, ibu bapa dan pengasuh boleh bersetuju untuk melibatkan beberapa tugasan rumah ringan, seperti mengelap habuk, membasuh pinggan mangkuk atau vakum cepat — selagi tugasan ini tidak mengganggu pengawasan anak. Dalam kes ini, ia dianggap tugas tambahan dan kadar perlu dinaikkan sewajarnya.

Untuk memudahkan anda, Kalkulator Kadar Pengasuh Sitly membolehkan anda memilih pilihan “kerja rumah” dan melihat bagaimana ia mempengaruhi kadar setiap jam.

Bantuan Kerja Sekolah atau Memasak

Pengasuh boleh melakukan lebih daripada sekadar menjaga anak. Ada yang membantu dengan kerja sekolah atau menyediakan makan malam — tugas-tugas ini memerlukan masa, fokus, dan perhatian tambahan. Oleh itu, adalah munasabah jika kadar bayaran setiap jam meningkat apabila tanggungjawab ini termasuk dalam kerja mereka.

Itulah sebabnya kalkulator Sitly menyediakan pilihan untuk tugas seperti ini. Anda hanya perlu pilih, dan kadar per jam akan disesuaikan secara automatik.

Apabila Pengasuh Menggunakan Kereta Sendiri

Jika pengasuh menghantar anak ke sekolah, aktiviti atau temujanji menggunakan kereta sendiri, ia memang sangat membantu bagi ibu bapa yang sibuk. Namun bagi pengasuh, ia juga membawa kos dan tanggungjawab tambahan — petrol, masa perjalanan, bayaran parkir, dan trafik, terutama di bandar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

Sebab itulah ramai pengasuh mengenakan kadar yang lebih tinggi apabila mereka perlu memandu. Sitly menyertakan pilihan “Memandu anak” supaya anda boleh melihat perubahan kadar degan lebih tepat.

Pengasuh Kecemasan / Last-Minit

Anak tiba-tiba demam, dan anda tetap perlu pergi kerja. Atau mungkin datuk dan nenek tiba-tiba tak dapat ambil anak dari sekolah. Dalam situasi begini, satu-satunya pilihan adalah menghubungi pengasuh dengan segera.

Permintaan saat akhir biasanya datang dengan notis yang singkat dan lebih tekanan, sebab itu kadar upah selalunya sedikit lebih tinggi. Kalkulator kami mengambil kira perkara ini: anda hanya perlu pilih pilihan “Caj last minit” untuk mendapatkan anggaran kadar yang realistik bagi tempahan kecemasan.

Banyak faktor lain juga mempengaruhi pendapatan pengasuh, seperti berapa jam mereka bekerja setiap hari, sama ada mereka mengasuh pada waktu malam, atau jika mereka mempunyai pengalaman atau latihan khas. Kalkulator Kadar Pengasuh Sitly ialah titik permulaan yang baik. Ia membantu anda menganggarkan kadar bayaran setiap jam berdasarkan keperluan dan lokasi anda. Dari situ, keluarga dan pengasuh boleh berbincang dengan telus untuk mencapai kadar yang adil bagi kedua-dua pihak.