Minat nak cari pendapatan tambahan sebagai pelajar atau di samping pekerjaan tetap anda? Pekerjaan sambilan yang sesuai boleh memberi anda fleksibiliti untuk memperoleh pendapatan sambil memberi tumpuan pada pembelajaran dan kehidupan peribadi.

Sama ada anda berumur 17 tahun dan mahu mula menjana wang sendiri atau mencari cara untuk tambah pendapatan di luar waktu kerja, terdapat banyak pilihan fleksibel yang boleh dicuba. Senarai di bawah menawarkan pelbagai jenis kerja sambilan yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan. Kesemua kerja ini fleksibel, anda sering boleh menetapkan jadual sendiri. Malah ada yang boleh dilakukan dari keselesaan rumah.

Nota: Tidak semua pilihan ini sesuai untuk mereka di bawah umur 18 tahun. Jika sesuatu menarik minat anda, pastikan anda menyemak syarat-syaratnya terlebih dahulu.

1. Konsultan jualan langsung

Adakah anda mempunyai rangkaian rakan dan kenalan yang luas? Suka meluangkan masa bersama orang lain? Kerja sebagai konsultan jualan langsung mungkin pilihan tepat untuk anda. Ini salah satu kerja sambilan fleksibel yang boleh pilih waktu sendiri dan kerja bila sesuai.

Apa sebenarnya tugas seorang konsultan jualan langsung? Senang je – anda atur acara bertema (sering dipanggil home party) di mana tetamu boleh tengok, cuba dan beli produk dalam suasana sosial yang menyeronokkan. Peranan anda separuh sebagai tuan rumah, memastikan suasana mesra dan menarik, dan separuh sebagai konsultan, memperkenalkan produk, terangkan cara guna, jawab soalan dan ambil pesanan.

Bergantung pada syarikat, anda boleh menganjurkan malam kecantikan, parti fesyen, atau acara bertema gaya hidup dan kesihatan. Tak perlukan kedai atau modal besar untuk bermula; kebanyakan syarikat menyediakan kit permulaan dengan sampel.

Beberapa syarikat yang guna model ni di Malaysia termasuk Avon dan Mary Kay untuk kosmetik dan penjagaan kulit.

2. Menjadi pengasuh

Suka melayan kanak-kanak? Menjadi pengasuh boleh jadi kerja sambilan fleksibel yang sesuai untuk anda. Cuba ujian pengasuh ini dan lihat sama ada anda mempunyai bakat sebagai pengasuh!

Kerja menjaga anak senang digabung dengan sekolah atau universiti sebab ramai ibu bapa perlukan pengasuh waktu malam atau hujung minggu. Ada juga yang perlukan bantuan lepas waktu sekolah. Jika anda mempunyai petang yang lapang, anda boleh gunakannya untuk menjadi pengasuh.

Sebagai pengasuh, anda mempunyai banyak kebebasan. Anda boleh menentukan jadual sendiri dan menetapkan kadar bayaran sejam anda. Jika anda sanggup membantu dengan kerja rumah ringan, selalunya boleh kenakan bayaran lebih tinggi. Lihat artikel ini tentang cara kira kadar bayaran sebagai pengasuh.

Kini, mencari kerja pengasuh lebih mudah berkat platform dalam talian seperti Sitly, di mana anda boleh melihat keluarga berdekatan yang sedang mencari pengasuh.

Cari Kerja Pengasuh Hari Ini

Sertai komuniti Sitly dan temui keluarga berdekatan yang sedang mencari pengasuh. Tetapkan kadar sendiri, pilih jadual anda, dan jana pendapatan ikut cara anda.

3. Tinjauan dalam talian berbayar

Isi tinjauan dalam talian boleh jadi cara mudah untuk dapat pendapatan tambahan – terutama kalau cari kerja sambilan yang tak perlukan banyak usaha. Anda cuma perlu daftar secara percuma, buat profil, dan akan dipadankan dengan tinjauan berdasarkan umur, pendidikan dan minat. Setiap aktiviti beri mata ganjaran yang boleh ditebus jadi wang tunai atau baucar bila capai jumlah tertentu. 

Tinjauan ini sentiasa dilakukan dalam talian, jadi anda boleh melengkapkannya dari rumah pada bila-bila masa. Ia adalah cara mudah untuk memperoleh wang tambahan di samping jadual sekolah atau kerja. Namun pastikan anda menyemak setiap laman sebelum mendaftar, kerana ada yang kurang telus mengenai pembayaran. Ini adalah beberapa platform tinjauan di Malaysia, Prime Opinion, Surveoo, dan TGM Panel.


4. Kerja pentadbiran dari rumah

Jika anda mahu menjana pendapatan yang lebih stabil selepas umur 18 tahun, kerja pentadbiran dari rumah adalah pilihan yang baik. Mengisi data seperti semak atau masukkan maklumat ke komputer; banyak syarikat mengupah pekerja luar untuk kerja ini. 

Oleh kerana setiap perniagaan mempunyai tugasan pentadbiran, memang sentiasa ada permintaan untuk orang yang boleh urus e-mel dan mengisi data. Kerja terjemahan dan semakan teks (proofreading) juga tergolong dalam kategori ini. Ia fleksibel, biasanya tidak memerlukan diploma, dan anda boleh memilih waktu kerja sendiri. Platform yang boleh anda cuba eRezeki.

5. Cikgu tuisyen

Fasih dalam bahasa asing atau hebat dalam matematik? Beri tuisyen memang cara popular untuk pelajar jana pendapatan dari 16 tahun ke atas. Matematik sentiasa dapat permintaan tinggi, dan dengan semakin banyak keluarga besarkan anak dwibahasa, guru tuisyen makin bernilai. Anda boleh sertai platform tuisyen atau cari pelajar dalam komuniti yang perlukan bantuan tambahan.

Platform untuk dicuba:
GoGet
TeachMe
Preply

6. Adakan bengkel (workshops)

Mahir mengait, menjahit atau memasak? Anda boleh tukar hobi jadi sumber pendapatan dengan mengajar bengkel. Anda boleh menganjurkannya di rumah atau ditugaskan untuk mengajar di tempat lain.

Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit modal untuk bahan asas dan pemasaran seperti laman web ringkas atau akaun media sosial. Ia adalah cara kreatif untuk menganjurkan acara menarik, berkongsi minat anda, dan jana wang tambahan pada masa yang sama.

7. Personal shopper

Adakah anda seorang yang minat fesyen dan sentiasa mengikuti trend terkini? Menjadi personal shopper mungkin sesuai untuk anda. Anda boleh bermula secara kecil dengan menawarkan perkhidmatan kepada rakan-rakan atau mempromosikan diri melalui media sosial. Apabila anda sudah mempunyai beberapa pelanggan yang berpuas hati, mereka secara semula jadi akan mengesyorkan anda kepada orang lain. Siapa yang tak suka membeli-belah sambil dibayar, kan?

8. Anjurkan pengalaman Airbnb

Tahukah anda bahawa Airbnb bukan sahaja membolehkan anda menyewa rumah, tetapi juga menawarkan pengalaman? Dengan Airbnb Experiences anda boleh menganjurkan aktiviti berdasarkan kepakaran atau menjadi pemandu pelancong. Mungkin anda ingin menawarkan bengkel fotografi, lawatan bandar atau aktiviti alam semula jadi?

Apabila anda mendaftar dengan Airbnb, anda boleh berkongsi minat anda dengan dunia dan bertemu dengan pelbagai jenis orang yang menarik. Dan yang paling best, anda boleh tetapkan jadual sendiri. Airbnb juga menyediakan laman web peribadi untuk anda dan menguruskan bayaran. Anda hanya perlu kongsi minat anda—mudah sangat nak jana pendapatan, kan?

9. Penghantaran barangan

Beli-belah barangan dalam talian makin popular, dan banyak perkhidmatan penghantaran sedang mencari pemandu. Sebagai penghantar, selalunya boleh pilih jadual sendiri, menjadikannya kerja sambilan yang fleksibel.

Ia juga cara yang baik untuk kekal aktif sambil menjana wang. Untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ini boleh menjadi pilihan yang baik.

Lihat platform Grab, Foodpanda, InDrive dan Lalamove

10. Mulakan perkhidmatan menjaga haiwan peliharaan

Suka anjing? Bayangkan dapat pendapatan sambil luangkan masa dengan anjing comel, kerja bawa anjing bersiar-siar memang berbaloi! Tak perlukan latihan khas, cuma kasih sayang terhadap haiwan. Untuk berhubung dengan pemilik haiwan peliharaan, boleh iklankan perkhidmatan di kawasan kejiranan atau guna platform dalam talian. 

Gadis dengan anjing

11. Perkhidmatan terjemahan

Adakah anda fasih dalam bahasa asing? Jika anda dwibahasa atau pernah belajar bahasa kedua, anda boleh mencipta profil profesional di platform freelance dan menawarkan perkhidmatan terjemahan.

Ia adalah cara kerja fleksibel dengan pelanggan dari seluruh dunia, dan salah satu kerja sambilan paling bermanfaat jika anda gemar menulis.

Platform yang popular Preply, fiverr, dan freelancer.com

12. Jadi tukang kebun

Suka menjaga tanaman dan menguruskan halaman rumah? Tugasan seperti memangkas, memotong rumput atau mencabut rumpai boleh dengan mudah menjadi sumber pendapatan.

Anda boleh bermula dengan menawarkan perkhidmatan kepada jiran-jiran atau mengiklankan secara dalam talian. Aktiviti sihat yang membolehkan anda menikmati udara segar dan menjana wang pada masa yang sama.

13. Cuci kereta

Membersihkan kereta adalah kerja yang ramai orang cuba elakkan, terutamanya bahagian dalamnya. Jika anda tidak kisah melakukannya, apa kata cuba tawarkan perkhidmatan cuci kereta?

Anda boleh mula dengan kereta jiran-jiran atau kenalan terdekat. Media sosial juga boleh digunakan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Ia adalah cara mudah untuk membina kerja sambilan sendiri sambil menawarkan perkhidmatan yang dihargai ramai.

14. Hiburan kanak-kanak

Anda mungkin pernah lihat penghibur di hotel atau acara komuniti. Jika anda suka bekerja dengan kanak-kanak, anda boleh melakukan perkara yang sama dengan menawarkan hiburan untuk majlis hari jadi atau acara kanak-kanak.

Mungkin anda sudah bekerja sebagai pengasuh dan mahu mengembangkan perkhidmatan anda, anjurkan parti bertema, acara Halloween, atau hiburan di majlis perkahwinan. Pelaburan awal mungkin diperlukan untuk bahan dan peralatan, tapi ia mudah ditampung dengan pendapatan yang bakal anda peroleh.

15. Sewa kereta

Ada kereta yang jarang anda gunakan? Pertimbangkan untuk menyewakannya ketika anda tidak memerlukannya. Platform seperti SOCAR memudahkan proses ini.

Anda boleh tetapkan hari dan masa bila kereta tersedia, jana pendapatan tanpa banyak usaha. Insurans biasanya termasuk melalui platform, jadi anda dilindungi jika sesuatu berlaku. Ia adalah cara pintar untuk memperoleh wang tambahan dengan aset yang sudah anda miliki.

16. Semak tesis

Adakah anda mahir dalam bahasa dan tatabahasa? Jadi penyemak tesis mungkin sesuai untuk anda.

Kerja anda adalah menyemak tesis untuk kesalahan ejaan, tatabahasa, dan struktur keseluruhan. Anda boleh tetapkan jadual sendiri serta memilih tesis mana yang ingin anda semak, tetapi perlu menepati tarikh akhir (kerana tesis perlu dihantar tepat pada masanya).

17. Peneman Warga Emas

Jangka hayat semakin meningkat, ramai warga emas memerlukan lebih banyak sokongan sosial dan teman selain penjagaan profesional. Jika anda seorang yang peramah dan mahu melakukan kerja yang memberi makna, menjadi peneman warga emas adalah pilihan yang baik.

Ramai orang tua menghargai apabila ada seseorang untuk berbual, berjalan-jalan, atau sekadar menemani mereka. Salah satu cara paling bermakna untuk jana wang tambahan sambil beri sumbangan positif dalam kehidupan orang lain.

18. Pembeli Misteri (Mystery shopper)

Bayangkan anda dibayar untuk membeli-belah atau menonton wayang secara percuma sebagai pertukaran untuk maklum balas anda. Sebagai mystery shopper, anda akan menilai kedai atau perniagaan secara rahsia.

Syarikat menghargai jenis maklum balas ini kerana ia membantu mereka memperbaiki perkhidmatan. Tugas ini memerlukan kepekaan terhadap perincian serta kebolehan untuk menyamar sebagai pelanggan.

Minat? Cuba daftar dengan organisasi yang sediakan kerja mystery shopper seperti iShopfor Ipsos dan Popular.

19. Model Kelas Seni

Akademi seni sering mencari model untuk sesi seni. Jika anda tidak keberatan untuk menjadi model berbayar, anda boleh memohon pekerjaan ini.

Kadangkala artis atau jurugambar juga mengiklankan tawaran untuk mencari model. Selagi anda boleh duduk diam untuk beberapa jam dan berasa selesa, ia boleh menjadi cara mudah untuk memperoleh wang tambahan. Pastikan anda menyemak latar belakang sekolah, artis, atau jurugambar terlebih dahulu untuk memastikan segalanya profesional dan sah.

20. Jual Hasil Kreatif

Adakah anda kreatif dan suka menghasilkan sesuatu? Sama ada mengait, melukis, membuat barang kemas, mengecat, atau menjahit pakaian, anda boleh jual hasil tangan anda dalam talian. Platform seperti Shopee, Lazada, atau pasar tempatan memudahkan anda menukar hobi menjadi pendapatan.