Hari yang panas ialah masa terbaik untuk bermain air di luar! Kanak-kanak memang gemar bermain air tidak kira cuaca. Di bawah ini kami kongsikan beberapa idea permainan air yang mudah disediakan dan pasti membuat anak-anak anda ketawa riang.

Beberapa peringatan penting sebelum bermain air:

  • Sapu krim pelindung matahari (sekurang-kurangnya SPF 30) dan ulang semula setiap 90 minit.
  • Pakai topi jika cuaca sangat panas, dan kalau boleh, pilih tempat teduh untuk bermain. Permainan air boleh meningkatkan risiko kulit terbakar,  jadi lindungi mereka sebaik mungkin.
  • Sentiasa pantau anak anda – walaupun mereka pandai berenang. Kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata, walaupun dalam air cetek.

1. Buat Gelongsor Air Sendiri

Dengan hanya kain terpal, air dan sabun, anda boleh buat gelongsor air mini di halaman rumah! Lebih seronok jika ada sedikit cerun, tapi di atas permukaan rumput rata pun tetap berfungsi. Elak permukaan keras seperti simen – lebih selamat di atas rumput.

Anda perlukan:

  • Kain terpal atau kanvas kalis air (tarp)
  • Hos air
  • Syampu atau sabun cecair

Cara sediakan:
Bentangkan kain terpal di atas rumput dan kukuhkan dengan paku pancang (jika ada). Curahkan air dan sabun di atas permukaannya hingga licin. Berhati-hati, ia boleh menjadi sangat licin. Untuk keseronokan tambahan, pasang penyembur air di atas gelongsor supaya air sentiasa mengalir. Bersedia untuk meluncur! Siapa boleh kekal berdiri, atau terus tergelincir?

Cari pengasuh atau kerja mengasuh

Di Sitly, anda boleh cari pengasuh berhampiran atau mohon kerja mengasuh di kawasan anda. Mudah, selamat & dipercayai!

2. Piñata Belon Air

Belon air memang kegemaran ramai! Untuk permainan ini, gantung beberapa belon air di tali dan biarkan anak bergilir-gilir memukulnya dengan kayu dan cuba memecahkannya. Nak lebih cabaran? Tutup mata mereka! Anda juga boleh letak kejutan kecil dalam belon – contohnya gula-gula atau ais krim mini.

Anda perlukan:

  • Belon biasa
  • Tali kuat atau reben
  • Kayu panjang
  • Air
  • Tempat menggantung belon (pokok, tali jemuran, dsb)

Cara sediakan:
Isi seberapa banyak belon dengan air dan simpan dalam bakul atau baldi. Ikat tali pada setiap belon dan gantung kira-kira 6 belon pada tempat yang kukuh. Satu demi satu, anak-anak akan cuba memecahkannya dengan kayu.

Permainan Air Piñata Belon Air

3. Lompat Tinggi & Limbo Air

Satu lagi aktiviti mudah tapi menyeronokkan! Letakkan hos air di atas bangku atau kerusi supaya air memancut ke atas dan lihat siapa paling hebat melompat melepasi air! Untuk anak kecil, rendahkan pancutan air supaya mereka boleh merangkak di bawahnya. Nak lagi best? Buat pertandingan limbo — siapa boleh menari sambil elak pancutan air!

Anda perlukan:

  • Hos air
Permainan Air Hos air

4. Air Berwarna-warni

Nak buat air nampak lebih menarik? Gunakan tablet pewarna khas untuk air (biasanya digunakan dalam tab mandi) dan masukkan ke dalam kolam mainan.

Anda perlukan:

  • Kolam renang tiup
  • Tablet pewarna air (boleh dibeli online seperti di Shopee atau Lazada)

Cara sediakan:
Hanya masukkan satu tablet ke dalam kolam dan lihat air berubah warna! Boleh juga campur beberapa warna untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

Permainan Air Air Berwarna-warni

5. Cuci Kereta untuk Basikal 

Bina ‘cuci kereta’ mini untuk anak-anak lalui dengan basikal kecil, skuter atau trike mereka. memang seronok dan menyegarkan!

Anda perlukan:

  • Span besar
  • Hos air atau penyiram automatik (atau kedua-duanya)
  • Struktur (seperti tiang buaian atau para besi) untuk menggantung bahan

Cara sediakan:
Basahkan span dan gantung pada kerangka. Jika boleh, gunakan dua hos supaya air boleh sembur dari kedua-dua belah. Pastikan ada ruang untuk anak-anak lalu dengan basikal atau trike mereka. Untuk kesan ‘cuci kereta’ sebenar, tambahkan kain yang tergantung seperti di pusat cucian kereta!

nak naik trycicle di bawah percikan air

6. Main Tuang Air ke Dalam Bekas

Tak ada masa atau tak larat nak turut serta? Jangan risau. Anak kecil memang suka main tuang air dari satu bekas ke bekas lain. Ambil saja baldi, penyiram pokok atau bekas kosong, jamin hiburkan mereka berjam-jam! Aktiviti ini bukan saja menyeronokkan, malah sangat mendidik: Bekas mana yang boleh tampung lebih? Mana yang kurang? Sama banyak, tapi nampak berbeza dalam bekas lain? Apa yang terapung, dan apa pula yang tenggelam?

Anak yang lebih besar pula? Mereka pasti akan seronok main sembur air sesama sendiri. Jadi, permainan ini memang sesuai untuk semua peringkat umur!

Anda perlukan:

  • Bekas pelbagai saiz (baldi, bekas aiskrim kosong, jag plastik, dll.)
  • Air
Permainan Air gadis kecil menuang air dari bekas

Bonus: Bola Sepak Botol Air

Satu lagi permainan yang mudah dan menyeronokkan: bola sepak botol air! Cara bermain, sepak bola untuk menjatuhkan botol lawan sambil mempertahankan botol sendiri. Kalau botol anda jatuh, ambil bola terlebih dahulu sebelum dirikan semula.Pemain yang mempunyai paling banyak air di akhir permainan akan menang!

Nak buat lebih mencabar?
Gunakan lebih daripada satu bola!

Tak suka bola sepak botol?
Tukar jadi permainan boling! Susun botol seperti pin dan cuba jatuhkannya dengan bola!

Anda perlukan:

  • Botol plastik berisi air
  • Satu atau lebih bola sepak
Permainan air tendang sebotol air

Kami mempunyai lebih banyak idea permainan: 15 Permainan Luar yang Seronok, 101 Permainan Dalaman dan Aktiviti Menarik untuk Kanak-kanak 8-10 Tahun, Aktiviti Menarik untuk Kanak-kanak 6-7 Tahun, permainan pendidikan kanak-kanak 5tahun.

Permainan air apa yang paling anak-anak anda suka bila cuaca panas? Kongsikan di ruangan komen!