Petang terasa panjang, anak-anak terpaku di depan skrin, dan anda kehabisan idea? Jangan risau. Kami dah senaraikan 101 permainan dan aktiviti menyeronokkan yang boleh anda lakukan bersama anak-anak di rumah. Tak perlukan peralatan khas atau persediaan rumit. Hanya perlukan sedikit keceriaan, imaginasi, dan barangan biasa yang sedia ada di kebanyakan rumah dengan anak kecil; seperti gam, marker pen berwarna, kertas, gunting dan pita pelekat bercorak.

Senarai ini merangkumi pelbagai jenis permainan menarik yang sesuai dimainkan di dalam rumah. Ada aktiviti fizikal, permainan yang lebih tenang, cabaran untuk menguji ingatan, dan aktiviti yang mengasah kreativiti. Apa yang menyatukan semuanya? Semuanya menyeronokkan, mudah dilakukan, dan tidak memerlukan ruang besar atau bahan khas. Anda juga mungkin akan terinspirasi untuk mencipta semula kegunaan barang harian, mengitar semula, dan melihat persekitaran anda dengan cara yang lebih kreatif.

Cari pengasuh atau kerja mengasuh

Di Sitly, anda boleh cari pengasuh berhampiran atau mohon kerja mengasuh di kawasan anda. Mudah, selamat & dipercayai!

Aktiviti Menyeronokkan di Rumah Bersama Anak-Anak

  1. Main boling di rumah menggunakan botol susu kosong (atau botol air kosong) dan bola tenis
  2. Lipat origami haiwan dan bentuk menarik menggunakan kertas warna-warni
  3. Tanam kebun mini dengan kacang hijau atau lentil atas kapas basah
  4. Cipta objek atau watak comel menggunakan bekas telur kosong
  5. Cipta cerita bersama – setiap orang sambung satu ayat bergilir-gilir
  6. Main “Lampu Merah, Lampu Hijau” versi dalam rumah (statik atau gerak)
  7. Bina laluan mini golf di ruang tamu
  8. Buat dreamcatcher dengan pinggan kertas, reben dan loceng kecil
  9. Adakan pertandingan muka kelakar dan ambil gambar bersama
  10. Berjalan atas “tali” dibuat dari pita pelekat bercorak di lantai – tambah cabaran seperti tutup mata atau garu kepala semasa berjalan
  11. Main lempar sasaran dengan bola ping pong dan bekas pelbagai saiz
  12. Bina istana guna buku, bantal dan barang dapur
  13. Main “Hangman” (untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas)
  14. Bina seruling Pan guna straw minuman
  15. Buat smoothie atau milkshake dan tiup buih guna straw
  16. Sediakan larutan buih dan belajar trik buih dalam talian
  17. Adakan perang bantal di ruang tamu
  18. Hidupkan cerita dengan suara lucu dan bahasa rekaan
  19. Main “Teka Bunyi” – cari bunyi kereta api, hon, loceng atau brek di internet
  20. Buat piknik di lantai ruang tamu dengan snek kegemaran anak-anak
  21. Ajar anak permainan klasik dari zaman kecil anda
  22. Anjurkan parti sebenar untuk patung dan teddy bear – lengkap dengan minuman, muzik dan hadiah kecil
  23. Lukis muka dengan cat muka yang selamat digunakan oleh kanak-kanak
  24. Minta anak ajar anda permainan kegemaran mereka dan pura-pura tak faham
  25. Lukis dan berwarna di lantai bersama
  26. Masak hidangan lucu: pasta berwarna, mashed potato berwajah, dan banyak lagi
  27. Pilih gambar keluarga, cetak dan buat album kenangan bersama
  28. Padamkan lampu dan jelajah rumah dengan lampu suluh
  29. Main permainan lompat petak versi karpet atau pita pelekat di lantai
  30. Main sorok-sorok dalam rumah (hanya untuk kanak-kanak lebih besar)
  31. Buat raksasa lucu dari doh mainan dan leperkannya
  32. Hias baju-T lama atau seluar jeans dengan warna kain
  33. Menari sakan dengan muzik ceria
  34. Buat kraf guna gulungan tisu kosong
  35. Hias dinding bilik dengan mozek nota berwarna (post-it)
  36. Bina gunung berapi mini guna doh mainan, cuka dan soda penaik.
  37. Ceritakan kisah lucu zaman kecil anda sambil tunjuk gambar lama
  38. Cipta senarai lagu bersama untuk didengar dalam kereta
  39. Ambil gambar kelakar dan hantar kepada keluarga atau rakan
  40. Buat aiskrim batang sendiri guna jus dalam acuan kiub ais
  41. Susun laluan halangan dalam rumah dengan bantal, kerusi dan sofa
  42. Ubah bilik mandi jadi spa kanak-kanak – mandian wangi, urutan, losen dan cat kuku
  43. Buat rantai dan kraf lain menggunakan pasta kering
  44. Main “pusat cuci kereta” di sinki untuk semua kereta mainan
  45. Bina menara tertinggi guna blok binaan
  46. Buat kolaj dengan gambar yang digunting dari majalah
  47. Buat kraf Krismas walaupun bukan musimnya
  48. Cipta set dram guna periuk, tudung dan sudu kayu
  49. Main “Hot Potato” dengan kentang sebenar (minima 4 pemain)
  50. Pilih cerita dongeng dan lakonkan semua watak bersama anak-anak
  51. Lumba bawa bola atas sudu – siapa boleh berjalan paling jauh tanpa jatuhkan?
  52. Gayakan pakaian pelik guna barang dari rumah dan ambil gambar kenangan
  53. Bina kubu dari selimut dan kerusi, masuk dalam dan cerita kisah seram dengan lampu suluh
  54. Tutup mata dan teka makanan (contoh: cuka, lemon, susu, oat, sos tomato, telur)
  55. Biskut buatan sendiri — mula dari doh, bentuk bersama dan dimakan segar dari ketuhar
  56. Potong epal dan guna sebagai cop untuk lukisan
  57. Buat doh garam sendiri dan tambahkan warna atau rasa dari dapur
  58. Bentuk watak kecil dengan doh garam dan bakar dalam ketuhar
  59. Bina laluan guli dari straw dan penutup kotak kasut
  60. Main bingo gambar: guna gambar ahli keluarga dan panggil nama – “Nenek!”, “Pak Cik Ali!”
  61. Buat kad ucapan dengan gam, glitter, pasta, beras atau garam kasar
  62. Bina bandar kecil dengan kotak terpakai dan gulungan tisu – kemudian hias dengan marker, sticker, dan kereta mainan
  63. Mulakan cerita dari buku dan berhenti di tengah — tanya: “Apa jadi lepas tu?”
  64. Sediakan meja deria dengan pelbagai benda – tutup mata anak dan biarkan dia teka melalui sentuhan
  65. Anjurkan pertandingan lompat jauh dalam koridor – tanda jarak dengan pita pelekat bercorak
  66. Main “Apa yang hilang?” – susun beberapa barang di atas meja, sembunyikan satu dan teka yang hilang
  67. Atur pelayaran Barbie dalam tab mandi dengan bot (guna tupperware), sediakan tuala dan pelindung matahari
  68. Main “pick-up sticks” menggunakan pensel warna
  69. Bina dinding daripada cawan plastik dan robohkan dengan penutup botol
  70. Main bola keranjang mini dengan stokin gulung dan tong sampah kecil
  71. Main teka lagu atau filem dengan aksi mimik
  72. Susun buku kecil menegak dan jatuhkan satu demi satu macam domino
  73. Bina lastik mini guna sudu dan kacang kecil atau bola ringan
  74. Bekukan mainan kecil dalam bekas air dan main jadi ahli arkeologi ais
  75. Potong kertas bentuk orang berpegangan tangan – aktiviti yang menenangkan selepas aktiviti aktif
  76. Buat surat rahsia dari guntingan huruf majalah
  77. Lukis dengan mesin salad: letak kertas dan cat, tutup dan putar!
  78. Buat thaumatrope – mainan ilusi visual klasik yang berpusing
  79. Buat penanda buku guna klip kertas dan hias dengan manik atau hiasan kecil
  80. Buat mentega sendiri: pukul krim pekat 8–10 minit, kemudian tapis cecairnya
  81. Tulis surat rahsia dengan jus lemon – panaskan kertas di atas lilin untuk melihat mesej tersembunyi (hanya dengan pengawasan orang dewasa)
  82. Main jadi polis trafik – buat tanda “Berhenti” daripada pinggan kertas dan straw
  83. Adakan kejohanan penggulung lidah (tongue twister)
  84. Balut anak jadi mumia dengan tisu tandas
  85. Lepaskan belon roket dan berlumba untuk tangkapnya semula
  86. Lukis permainan “Perang Kapal” (Battleship) atas kertas dan main bersama
  87. Buat gelang tangan daripada getah warna-warni untuk hadiahkan kepada rakan
  88. Ekstrak warna dari sayur: merah dari bit, kuning dari kunyit, biru dari beri biru, hijau dari bayam – dan guna sebagai cat semula jadi
  89. Gaya rambut gila! Gunakan gel dan pewarna rambut boleh basuh
  90. Main “Ibu, Boleh Saya?” – permainan klasik yang tak pernah bosan
  91. Kumpul daun dan bina herbarium sendiri
  92. Lukis dengan buih krim pencukur
  93. Bina teater boneka menggunakan kotak kasut, kain lama dan cat
  94. Buat watak boneka dengan batang aiskrim dan mainan kecil – dan lakonkan persembahan
  95. Buat penyuap burung DIY: sapu gulungan tisu kosong dengan mentega kacang dan gulingkan dalam biji benih
  96. Jadikan lorong rumah ‘sarang labah‑labah’ menggunakan jalur kertas; merangkak tanpa menyentuhnya
  97. Lukis litar lumba kereta mainan di karpet dan sofa dengan pita pelekat
  98. Belajar buat bayang-bayang tangan
  99. Main teka peribahasa: apa maksud “buat baik dibalas baik”, “sepandai‑pandai tupai…” dan lain‑lain

     100. Buka kedai runcit olok‑olok: guna barang dapur dan komputer riba jadi kaunter tunai.

     101. Main “permainan senyap” – siapa bergerak atau bercakap dulu, kalah! Sesuai untuk         menamatkan hari dengan tenang

Lagi Aktiviti Menyeronokkan untuk Kanak-Kanak

Jika 101 idea ini masih belum mencukupi, lihat juga artikel lain kami yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan mengikut umur dan minat kanak-kanak.

Permainan air untuk bermain di luar
Permainan luar rumah
Aktiviti untuk 5 Tahun
Aktiviti untuk 6–7 Tahun
Aktiviti untuk 8–10 Tahun

Pasti anda akan jumpa aktiviti yang sesuai dan menyeronokkan untuk anak-anak.
Selamat mencuba dan berseronok bersama!